Monday, April 23, 2012

Kunjungan Hormat KP BPA ke IPD Bintulu & Hospital Bintulu

Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada 20 April 2012.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada SUP Madang Usat, Ketua Polis Daerah Bintulu.

YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah berpeluang melawat "one-stop centre” IPD Bintulu dan DSP Mohd Said Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Bintulu telah memperkenalkan peranan dan fungsi “one-stop centre” kepada delegasi BPA.


YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah melawat ke kaunter pembayaran di Hospital Binutlu dengan diiringi oleh Pengarah Hospital Bintulu, Dr. Azlee Ayub dan Puan Biti Anak Anggot, Pengarah BPA Sarawak.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara BPA, PDRM dan Hospital Bintulu demi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada Dr. Azlee Ayub, Pengarah Hospital Bintulu.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menandatangani buku pelawat Hospital Bintulu.

No comments:

Post a Comment