Wednesday, March 14, 2012

Program Mesra Rakyat Daerah Kinta, Perak

Program Mesra Rakyat Daerah Kinta, Perak telah diadakan pada 13 Mac 2012 di Arena Square, Batu Gajah, Perak.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah (Ketua Pengarah, BPA) dan YBhg. Dato' Haji Jamry dan Haji Sury (Pegawai Daerah dan Tanah Kinta) mengadakan perbincangan sebelum program bermula.

Encik Wan Zulkiffeli ( Pengarah BPA Perak) dan YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah (Ketua Pengarah, BPA) menyambut kedatangan YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak).

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah memberikan ucapan alu-aluan.

YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman merasmikan Program Mesra Rakyat Daerah Kinta, Perak yang dianjurkan oleh BPA Perak.

YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman telah mempengerusikan sesi dialog semasa Program Mesra Rakyat Daerah Kinta.
Penduduk setempat telah membangkitkan isu yang tersiar di surat khabar semasa sesi dialog Program Mesra Rakyat.

Ahli-ahli panel sesi dialog terdiri daripada ketua-ketua jabatan / agensi di Daerah Kinta.

Ketua Kampung di Daerah Kinta telah mengemukakan aduan kepada ahli panel dan maklum balas telah diberikan dengan serta-merta oleh jabatan / agensi yang berkenaan.

YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman telah menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua-ketua jabatan / agensi yang telah menyertai program kali ini.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan surat penghargaan kepada YBhg. Dato' Haji Jamry bin Haji Sury.

YBhg. Dato' Dr. Tam dan YBhg. Dato' Haji Jamry bin Haji Sury mengiringi YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman mengunjungi ke kaunter-kaunter jabatan / agensi.

Sesi bergambaran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta yang memenangi tempat pertama kaunter terbaik.
 


No comments:

Post a Comment