Tuesday, February 14, 2012

Lawatan Lembaga Hasil Dalam Negeri ke BPA


Satu lawatan Lembaga Hasil Dalam Negeri ke BPA telah diadakan pada 10 Februari 2012 (Jumaat) di Dewan Taklimat, Blok Timur ICU pada pukul 3.00 petang.

Tetamu mendaftar di kaunter pendaftaran.


Puan Siti Nur Amini menyambut dan memberi salam kepada tetamu.


Encik Azlan bin Man (Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) ) memberi ucapan alu-aluan ketika lawatan.


Puan Nor Azirah binti Mohd Said (Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat LHDN) selaku Ketua delegasi telah memberi ucapan semasa lawatan.

Encik Azlan bin Man menyampaikan cenderamata kepada Puan Nor Azirah binti Mohd Said.

Puan Nor Azirah binti Mohd Said memberikan cenderamata kepada Encik Azlan bin Man sbagai penghargaan kepada BPA.

Sesi bergambaran antara urus setia lawatan LHDN dan wakil daripada BPA.

YM Tengku Adnin bin Tengku Adnan (Pengarah Perancangan Inovasi dan Penyelarasan) telah memberikan pembentangan kepada tetamu tentang core business BPA.

Encik Hee Hon Ming (Pengarah Aduan) telah memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan oleh kakitangan LHDN.

Sesi soal jawab diadakan selepas pembentangan YM Tengku Adnin.

Puan Nor Azirah binti Mohd Said telah menandatangani buku lawatan BPA, diiringi oleh Encik Mohd Asri (Ketua Penolong Pengarah, Unit Aduan 3), Encik Hee Hon Ming (Pengarah Aduan), Encik Masrun dari LHDN dan YM Tengku Adnin bin Tengku Adnan (Pengarah Perancangan Inovasi dan Penyelarasan).

No comments:

Post a Comment