Monday, October 10, 2011

Program KABB Dewan Orang Ramai Semenyih, Hulu Langat

Program KABB BPA Selangor telah diadakan di Dewan Orang Ramai Semenyih, Hulu Langat pada 8 Oktober 2011.
Orang ramai beratur di depan kaunter pendaftaran untuk mendaftar sebelum masuk ke dalam dewan.
Encik Param, Pegawai Aduan dari Ibu Pejabat BPA turut hadir ke Program KABB Hulu Langat.
Agensi-agensi yang membuka kaunter semasa Program KABB telah membawa sekali peralatan-peralatan IT untuk memudahkan urusan aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.
Program KABB di Daerah Hulu Langat telayh mendapat sambutan hebat dari penduduk setempat.
Encik Aziz bin Ismail, Pengarah Aduan BPA telah memberikan ucapan alu-aluan semasa Program KABB dilangsungkan.
Puan Luraashy binti Hassim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Hulu Langat telah merasmikan Program KABB.
Ketua Pengarah BPA, Dato' Dr. Tam Weng Wah turut hadir ke Program KABB dan melawat ke kaunter-kaunter agensi.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah bersama dengan kakitangan-kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara.





No comments:

Post a Comment