Tuesday, October 11, 2011

Mesyuarat Lembaga Penasihat BPA Bil 2/Tahun 2011

Mesyuarat Lembaga Penasihat BPA Bil 2/ Tahun 2011 telah diadakan pada 11 Oktober 2011, pukul 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Utama BPA.
Ahli-ahli Lembaga Penasihat BPA.
Sesi bergambaran selepas mesyuarat.

Monday, October 10, 2011

Program KABB Dewan Orang Ramai Semenyih, Hulu Langat

Program KABB BPA Selangor telah diadakan di Dewan Orang Ramai Semenyih, Hulu Langat pada 8 Oktober 2011.
Orang ramai beratur di depan kaunter pendaftaran untuk mendaftar sebelum masuk ke dalam dewan.
Encik Param, Pegawai Aduan dari Ibu Pejabat BPA turut hadir ke Program KABB Hulu Langat.
Agensi-agensi yang membuka kaunter semasa Program KABB telah membawa sekali peralatan-peralatan IT untuk memudahkan urusan aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.
Program KABB di Daerah Hulu Langat telayh mendapat sambutan hebat dari penduduk setempat.
Encik Aziz bin Ismail, Pengarah Aduan BPA telah memberikan ucapan alu-aluan semasa Program KABB dilangsungkan.
Puan Luraashy binti Hassim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Hulu Langat telah merasmikan Program KABB.
Ketua Pengarah BPA, Dato' Dr. Tam Weng Wah turut hadir ke Program KABB dan melawat ke kaunter-kaunter agensi.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah bersama dengan kakitangan-kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara.





Wednesday, October 5, 2011

MESRA Rakyat di Seberang Perai Utara

Jemputan orang ramai yang menghadiri Program MESRA Rakyat.

Ucapan dari Encik Nik ali Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang.

Pengerusi Program Dialog, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BPA, Puan Hajah Rogayah A. Bakar memberi garis panduan kepada pengadu yang ingin berdialog supaya mematuhi peraturan. 

Para ahli panel dari agensi kerajaan persekutuan dan negeri bersedia dalam memberikan maklum balas sepontan.

Aduan mengenai kemudahan awam yang masih kurang diberi perhatian.

Pengadu membangkitkan isu pendatang asing yang semakin berleluasa di Seberang Perai serta kurang penguatkuasaan JPJ memantau kenderaan yang meletakkan kenderaan sesuka hati.

Pengadu yang tidak berpeluang mengemukakan aduan secara berdialog menggunakan kaunter BPA yang disediakan untuk mengemukakan isu.

Aduan anjing liar dan ragut dikemukakan.

Puan Maimunah Mohd Shariff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai memberikan maklum balas  kepada aduan yang dikemukakan. 

Aduan jalan yang berdebu dan pembinaan benteng di tepi jalan.

Permasalahan yang dibangkitkan oleh JKKP yang mewakili kawasan masing-masing.

Aduan yang dibangkitkan kerana tiada tindakan yang diambil oleh agensi kerajaan walaupun telah mengemukakan aduan beberapa kali.

Puan Rogayah A. Bakar memberikan ucapan aluan.

Thursday, September 29, 2011

Perjumpaan Ketua Pengarah BPA Bersama Yayasan Inovasi Malaysia

Perjumpaan Ketua Pengarah BPA bersama Yayasan Inovasi Malaysia telah diadakan pada 27 September 2011 di Bilik Mesyuarat Utama BPA.
Encik Muhammad Aziph Dato' Mustapha, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Inovasi Malaysia telah memberikan taklimat mengenai peranan Yayasan Inovasi Malaysia kepada Ketua Pengarah BPA, YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah.

Encik Muhammad Aziph Dato' Mustapha menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah BPA.

Thursday, September 22, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPM 2011

Kakitangan BPA yang bertugas di gerai BPA semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPM 2011.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah bersama kakitangan BPA di gerai BPA.

Sedapnya! Nasi Ulam yang disediakan oleh BPA.

Wawancara Ketua Pengarah BPA Bersama Impiana Group Magazine

Wawancara Ketua Pengarah BPA bersama Impiana Group Magazine telah diadakan pada 20 September 2011 (pukul 10.00 pagi) bertempat di bilik Ketua Pengarah BPA.
Wawancara ini dijangka akan disiarkan pada bulan Disember yang akan datang.
Isu yang ditanyakan semasa wawancara ialah isu yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk apartment dan kondominium.

Wednesday, September 14, 2011

Wawancara Pengarah BPA Negeri Sabah bersama Sabah FM

Pengarah BPA Negeri Sabah, Encik Georgie Abas bersama Penerbit PIKA (Sabah FM), Encik Mohd Syum Abd Majid sebelum siaran langsung wawancara diadakan.
Wawancara Pengarah BPA Negeri Sabah bersama Program PIKA, Sabah FM telah diadakan pada 9 September 2011 (Jumaat).
DJ Mun (Sabah FM) memberikan penerangan kepada Encik Georgie Abas sebelum wawancara bermula.

Encik Georgie Abas ditemuramahkan oleh Program PIKA, Sabah FM.