Tuesday, July 10, 2012

KAB KUCHING SARAWAK





 KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB) KUCHING SARAWAK

Kuching-– Program KAB telah diadakan di Boulevard Shopping Mall, Kuching, Sarawak pada 07 Julai 2012 (Sabtu) yang dibuka mulai jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang sempena Dayak Cultural Fest 2012 anjuran Sarawak Tribune Press Sdn. Bhd.

Program tersebut telah menarik perhatian para pengunjung yang datang membeli-belah di Boulevard Shopping Mall, Kuching. Orang ramai berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi dan peranan Biro Pengaduan Awam dan telah didedahkan dengan informasi yang berkaitan serta jenis dan kaedah membuat aduan. Program ini lebih berbentuk program kesedaran (awareness) kepada pengunjung yang bukan hanya datang dari Bandaraya Kuching malah kawasan sekitarnya.

Kira-kira seramai 112 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program KAB ini dan sebanyak dua aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak tiga puluh  khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung.

Thursday, July 5, 2012

KABB MUKAH SARAWAK

Seramai 324 orang pengunjung telah hadir ke porgram ini.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad, Ahli Parlimen 213 Mukah.


Sebanyak 73 kes aduan dan 8 kes bukan aduan telah diterima sepanjang program berlangsung. 


KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
BAHAGIAN MUKAH, SARAWAK

MUKAH – Dengan kerjasama dengan Pejabat Residen Bahagian Mukah, Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri berjaya diadakan di Lot Parkir Pasar Lama Mukah pada 30 Jun 2012 bagi mengetahui isu dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Program KABB di Bahagian Mukah yang berlangsung dari 8 pagi hingga 1.00 petang  telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad, Ahli Parlimen 213 Mukah. Yang turut hadir ke program, Tuan Tuan Haji Saudi Bin Haji Narani, Residen Bahagian Mukah dan Puan Biti Anak Anggot, Pengarah BPA Negeri Sarawak. Sebanyak 20 agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah mengambil bahagian dalam program ini iaitu Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Majlis Daerah Dalat & Mukah, Pusat Talikhidmat, Jabatan Tanah & Survei Bahagian Mukah, Jabatan Kerja Raya Mukah, Jabatan Pertanian Mukah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Mukah, Syarikat SESCO Berhad, Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah, Jabatan Pengangkutan Jalan Bahagian Mukah, Jabatan Pendaftaran Daerah Mukah, Jabatan Imigresen Bahagian Mukah, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Pejabat Pelajaran Daerah Mukah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Mukah, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Sarawak Corridor of Renewable Energy.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya menarik perhatian lebih kurang 324 pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua Kaum, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Pengerusi Persatuan serta orang awam. KABB yang julung kali diadakan di Mukah ini telah memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai peranan dan tanggungjawab BPA sebagai agensi menguruskan aduan awam dan mencari langkah penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dikemukakan oleh orang ramai. Saringan kesihatan juga diberikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah kepada orang ramai secara percuma.

Daripada jumlah kehadiran, sejumlah 73 kes aduan dan 8 kes bukan aduan diterima. Secara keseluruhan, masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di Bahagian Mukah adalah tertumpu kepada isu jalan raya yang tidak memuaskan, tekanan air rendah, bil air tidak diterima pada waktu yang ditetapkan, kekurangan kemudahan awam dan sebagainya. Melalui program KABB ini, masyarakat Bahagian Mukah telah didedahkan dengan peranan dan fungsi BPA sebagai agensi menguruskan aduan awam dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan lebih mendalam manakala agensi-agensi Kerajaan berkesempatan untuk turun padang, mendengar dan memahami aduan masyarakat setempat.

Monday, July 2, 2012

KAB DEWAN MBMB TELOK MAS MELAKA




Seramai 84 orang telah mengunjungi kaunter BPA sepanjang dua hari program berlangsung.




LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB) DI DEWAN MBMB TELOK MAS, MELAKA


Biro Pengaduan Awam Melaka / Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) pada 30 Jun 2012 (Sabtu) dan 01 Julai 2012 (Ahad) bertempat di tapak Dewan MBMB Telok Mas, Melaka. Pembukaan kaunter ini diadakan bersempena jemputan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri (JPJ) Melaka untuk Membuka Kaunter Pertanyaan, Pameran atau Gerai Sempena Program Satu Komuniti, Satu JPJ (SKSJ) 2012 DUN Telok Mas, Melaka.  Majlis Penutupan Program SKSJ ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk  Wira Latiff bin Datuk Hj Tamby Chik, ADUN Telok Mas, Melaka

        BPA telah mengambil peluang dengan pembukaan kaunter ini untuk menarik orang ramai untuk mendapatkan penjelasan serta penerangan berkenaan fungsi Biro Pengaduan Awam kepada rakyat.  Program ini dapat mendekatkan lagi pihak BPA dengan orang awam. Selain daripada itu dapat menyumbang dan menyokong kepada matlamat merealisasikan slogan 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan'. 

        Pada 30 Jun 2012 (Sabtu) kehadiran jemputan ke kauntar BPA adalah seramai 22 orang dan pada 01 Julai 2012 adalah seramai 62 orang yang membawa jumlah 84 orang pengunjung ke kaunter BPA Melaka/Negeri Sembilan dan aduan yang diterima sebanyak 4 aduan yang meliputi aduan dan bukan aduan.