Thursday, March 31, 2011

Program MESRA Rakyat di Jerantut (21 Mac 2011) Meriah.

Ketibaan Timbalan SUK Negeri Pahang Dato' Mhamad Ridzwan Mohd Tahar, Ketua Pengarah BPA, Dato' Dr. Tam Weng Wah dan Pegawai Daerah Jerantut, Dato' Mohamad Roslan bin Harun. 

Perbincangan di Bilik Menunggu bersama Dato Timbalan SUK Negeri Pahang, KP BPA dan Tim. KPN Pahang 

Ucapan perasmian dari Tim. SUK Negeri Pahang.

Cenderahati BPA kepada dato' Mohamad Ridzwan

Tim. SUK Negeri Dato' Ridzwan mengetuai ahli panel program Dialog

Maklum balas pantas dari ahli panel terhadap aduan yang diberikan.

Pengadu mengemukakan aduan jambatan perlu diganti.

Aduan tentang ibu tunggal ingin mendapat peluang perniagaan.

Isu tanah juga dibangkitkan

Antara gaya pengadu

PROGRAM MESRA RAKYAT DI PONTIAN (21 MAC 2011)

Ketua Pengarah BPA bersama Ketua-ketua Jabatan

Suasana Dewan

Barisan Ahli Panel dari pelbagai Jabatan dan Agensi kerajaan

Pengadu semasa berdialog bersama ahli-ahli panel

PROGRAM MESRA RAKYAT DI TAPAH, PERAK 24 FEBRUARI 2011 BERTEMPAT DI DEWAN MAJLIS DAERAH TAPAH.

Ucapan perasmian Program MESRA Rakyat oleh Tim. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Para hadirin dari Ketua-ketua Jabatan / agensi serta penduduk sekitar Tapah

Membuat aduan secara berdialog.

Maklum balas segera diberikan kepada pengadu

Timbalan SUK Negeri Perak dan Pengarah Aduan BPA  
Barisan ahli panel di majlis dialog bersama masyarakat

Thursday, February 17, 2011

Wednesday, February 16, 2011

KEJAYAAN PENYELESAIAN KES

KES 65659 : LONGKANG TERSUMBAT AKIBAT DIPENUHI SAMPAHPejabat BPA Negeri

Sarawak pada 5 Ogos 2010 telah menerima aduan mengenai longkang besar yang tersumbat akibat dipenuhi dengan sampah di bulatan Samarahan yang terletak berdekatan simpang kampus barat UNIMAS menuju ke UiTM.  Pihak BPA telah memanjangkan aduan ini kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan. Pihak JKR telah membuat siasatan dan mendapati longkang tersebut tidak tersumbat dan sampah sarap yang terapung di permukaan longkang adalah disebabkan oleh kegagalan sistem perparitan dari kawasan rumah kedai di sekitar kawasan berhampiran.

Pihak JKR seterusnya telah mengarahkan syarikat konsesi yang dilantik untuk membersihkan longkang tersebut. Pihak BPA juga telah turun padang untuk membuat pemantauan terhadap kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan. Pada 13 Ogos 2010, pihak BPA telah menerima maklum balas daripada pihak JKR menyatakan bahawa longkang tersebut telah selesai dibersihkan oleh pihak syarikat konsesi yang dilantik.


KES 62249 : AIR LONGKANG BERTAKUNG

Pejabat BPA Negeri Terengganu/Kelantan pada 25 Mei 2010 telah menerima aduan daripada seorang pengadu yang mendakwa terdapatnya air longkang yang bertakung di kawasan Medan Selera Rhu Muda, Marang, Terengganu. Ini menyebabkan keadaan yang meloyakan serta bau yang kurang menyenangkan di kawasan medan selera berkenaan. Atas keprihatinan BPA, aduan ini telah disalurkan kepada pihak Majlis Daerah Marang, Terengganu dan tindakan segera telah diambil oleh pihak Majlis dengan membersihkan longkang tersebut yang diselesaikan pada 1 Jun 2010.


KES 61158 : 'RAILING' TITIAN MENGHARUNGI PARIT BESAR DI LABUAN TELAH PATAH

Pejabat BPA Negeri Sabah pada 4 Mei 2010 telah menerima aduan bahawa 'railing' titian yang menyambung antara Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan ke sebuah padang bola telah patah. Titian tersebut diguna pakai oleh orang ramai terutamanya ketika itu berlangsungnya Pesta Air Labuan. Keadaan ini amat membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak.

Pejabat BPA Negeri Sabah telah segera menyampaikan aduan ini kepada pihak Perbadanan Labuan pada 5 Mei 2010. Hasilnya, pada 11 Mei 2010 pihak Perbadanan Labuan telah melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan. Sebagai tindakan awal, pihak Perbadanan Labuan telah memasang pita amaran dan seterusnya kerja-kerja penyenggaraan telah disempurnakan pada 31 Mei 2010.



KES 61096 : TIMBUNAN SAMPAH MENJEJASKAN IMEJ

Pejabat BPA Negeri Terengganu/Kelantan pada 3 Mei 2010 telah menerima aduan tentang longgokan sampah berhampiran Jalan Tok Hakim, Kota Bharu yang mana boleh menjejaskan imej negeri Kelantan terutamanya di Kota Bharu.

Pejabat BPA Negeri Terengganu/Kelantan telah memanjangkan aduan ini kepada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Pihak MPKB telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan proses pembersihan pada 6 Mei 2010. Pihak MPKB seterusnya telah mengambil tindakan membaiki tong sampah di kawasan tersebut yang telah rosak dan meletakkannya kembali pada 11 Mei 2010.

Friday, February 11, 2011

Ucapan alu-aluan Dato' KP BPA


Dato' Dr. Tam Weng Wah
Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Laman Blog Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri  yang diwujudkan pada tahun 2011 merupakan salah satu saluran kepada masyarakat di Malaysia untuk mengemukakan pendapat, persoalan, pandangan dan juga aduan. Saya yakin ianya boleh membantu memperkasakan sistem perkhidmatan awam mengikut peredaran zaman dan kehendak masyarakat bagi meningkatkan daya kompetitif negara serta kesejahteraan rakyat.
Saya mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan positif bagi memantapkan lagi perkhidmatan kami untuk manfaat semua pihak.
Terima kasih kerana mengunjungi laman Blog BPA.
“SEDIA MEMBANTU”
www.pcb.gov.my