YB Dato' Seri Muhammad Safian Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah merasmikan Program MESRA Rakyat Daerah Bera yang telah diadakan pada 22 Oktober 2013. Program ini diadakan di Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Bera dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah BPA, Dato' Mahani Tan Abdullah dan Pegawai Daerah Bera, Dato' A. Rahman Hamzah. Program ini telah berjaya menarik 550 orang pengunjung yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat serta warga Bera. Satu sesi perkongsian pendapat telah diadakan sejurus selepas selesai majlis perasmian. Seramai 8 orang pengadu telah tampil membuat aduan dan sebanyak 18 aduan dan 1 cadangan telah dikemukakan sepanjang sesi perkongsian pendapat diadakan.
Wednesday, October 23, 2013
Friday, October 18, 2013
Program MESRA Rakyat Daerah Bera
Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang akan mengadakan program MESRA Rakyat Daerah Bera seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Oktober 2013 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda, Bera, Pahang
Program MESRA RAKYAT adalah program proaktif yang dianjurkan oleh BPA dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Program ini bukan sahaja melibatkan kaunter BPA malah turut melibatkan pelbagai kaunter dari jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri yang lain. Program ini adalah terbuka untuk orang ramai.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Puan Halizah binti Osman atau Puan Rosnani binti Ismail di talian 09-512 4129.

KABB Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 dan 20 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Ruang Legar Kompleks PKNS Shah Alam
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai membuat aduan secara bersemuka dengan jabatan dan agensi kerajaan. Program ini juga merupakan mekanisme terbaik dalam usaha membina hubungan baik antara kerajaan dan rakyat. Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke program ini.
Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Paramjothy a/l Muthuvelu di talian 03-5513 3777 atau emel ke paramjothy@pcb.gov.my.

KABB Bahagian Sibu
Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak akan mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Bahagian Sibu seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Sibujaya, Sibu Sarawak
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai membuat aduan secara bersemuka dengan jabatan dan agensi kerajaan. Program ini juga merupakan mekanisme terbaik dalam usaha membina hubungan baik antara kerajaan dan rakyat. Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke program ini.
Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Puan Biti anak Anggot ditalian 082-415 004 atau emel ke biti@pcb.gov.my.

Tuesday, October 8, 2013
Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Gombak
Sukacita
dimaklumkan bahawa BPA Selangor akan mengadakan Program Kaunter
Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah
Gombak seperti ketetapan berikut :
TARIKH : 12 Oktober 2013 (Sabtu)
MASA : 7.30 pagi hingga 1.00 petangTEMPAT : Kompleks Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Gombak
Program
Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif
BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat,
membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan
hubungan dengan masyarakat setempat.
Orang
ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. Sebarang maklumat atau
pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Paramjothy a/l Muthuvelu
di talian 03-5513 3777 atau e-mel ke paramjothy@pcb.gov.my.
Sekian,
terima kasih.
Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam
Subscribe to:
Posts (Atom)