Tuesday, June 26, 2012

HEBAHAN PROGRAM KABB MUKAH, SARAWAK




PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
DI BAHAGIAN MUKAH, SARAWAK

Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Negeri Sarawak akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti berikut :

TARIKH     :        30 Jun 2012 (Sabtu)
MASA        :        8.00 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT   :        Lot Parkir Pasar Lama Mukah
Mukah, Sarawak
                            

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ms. Ching Mei Ling (Tel: 082-415004 atau Emel : chingmeiling@pcb.gov.my)


BIRO PENGADUAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI

HEBAHAN PROGRAM KABB DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG



 
PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
DI DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Negeri Pulau Pinang/Kedah/Perlis akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti berikut :

TARIKH     :        28 Jun 2012 (Khamis)
MASA        :        8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
TEMPAT   :        Dewan Balora Mastika, Padang Awam,
Jalan Balik Pulau, Pulau Pinang  
                            

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi En. Md Din bin Jusoh (Tel: 04-2636893 atau Emel : mddin@pcb.gov.my)


BIRO PENGADUAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI

HEBAHAN PROGRAM MESRA MUAR


PROGRAM MESRA RAKYAT (MESRA)
DI MUAR, JOHOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam, Negeri Johor akan mengadakan Program Mesra Rakyat (MESRA)  seperti berikut :

TARIKH     :         29 Jun 2012 (Jumaat)
MASA        :         8.00 pagi – 12.00 tengahari
TEMPAT   :         Dewan Jubli Intan, Jalan Temenggong Ahmad,
Muar, Johor

Program MESRA Rakyat merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi En. Marshall Theagarajah a/l S.J. Rajaiah (Tel: 07-2230900 atau Emel : marshall@pcb.gov.my)


BIRO PENGADUAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI

KEJOHANAN DRAGON BOAT JPM 2012

Barisan peserta Dragon Boat BPA telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang menjayakan acara tersebut.




Pasukan wanita BPA memulakan cabaran.


 KEJOHANAN DRAGON BOAT JPM 2012
Kejohanan Dragon Boat JPM 2012  telah diadakan pada 23 hingga 24 Jun 2012 bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Keluarga JPM 2012. Kejohanan ini yang dianjurkan oleh Kelab Bukit Perdana telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu pasukan lelaki, wanita dan campuran. BPA turut menyertai kejohanan ini dan telah menghantar pasukan untuk ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pasukan BPA dan juga wakil dari Wilayah dan Selangor yang telah merealisasikan hasrat BPA untuk menyertai kejohanan ini.  Tahniah diucapkan pada pasukan wanita yang terus keperingkat akhir kejohanan walaupun gagal menamatkan saringan. Ini jelas menunjukkan semangat berpasukan tetap diutamakan dalam kejohanan ini. Biro Sukan mengucapkan terima kasih kepada Kelab Kebajikan dan Sukan BPA yang banyak menyumbang dari semua segi bagi membolehkan BPA menyertai kejohanan ini. Terima kasih juga pada Puan Rogayah bt A.Bakar Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) atas kesudian beliau meluangkan masa menghadiri kejohanan ini dan memberikan kata semangat pada para peserta sepanjang kejohanan. 
Majlis penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Keputusan keseluruhan kejohanan kategori lelaki dimenangi oleh Maritim Malaysia, kategori Perempuan dimenangi oleh SPA dan kategori campuran juga dimenangi oleh SPA.

KABB KULIM

Seramai 325 orang pengunjung yang terdiri daripada orang awam, ketua kampong, MKK, Badan Bukan Kerajaan dan sebagainya telah hadir ke program ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah, Tuan Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad AMK,BCK



Sebanyak 20 aduan dan telah diterima, dan 58 pertanyaan/ khidmat nasihat telah diberikan sepanjang program berlangsung.



KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU DAERAH KULIM

Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Bil 2/2012 anjuran Biro Pengaduan Awam Pulau Pinang/Kedah/Perlis bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah telah diadakan pada 24 Jun 2012 (Ahad) bertempat di Dewan Putra, Kulim, Kedah pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 Petang. Program ini telah dirasmikan oleh  Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah, Tuan Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad AMK,BCK.
Kaunter Pendaftaran telah dibuka pada jam 8.00 pagi dan jumlah kehadiran bagi program ini  adalah seramai 325 orang yang terdiri daripada orang awam, ketua kampong, MKK, Badan Bukan Kerajaan dan sebagainya. Jumlah agensi yang terlibat dalam kaunter aduan dan pameran adalah sebanyak 24 kaunter. Terdapat 22 buah kaunter di dalam dewan dan 3 kaunter di khemah.
Jumlah Aduan yang diterima ialah sebanyak 20 aduan dan jumlah pertanyaan/ khidmat nasihat ialah 58 pertanyaan berkenaan cara – cara membuat aduan, fungsi dan peranan BPA, pertanyaan prosedur permohonan dan sebagainya. Agensi yang banyak menerima aduan ialah Majlis Perbandaran Kulim, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Awam dan Jabatan Kerja Raya bagi isu berkenaan masalah sampah, kerosakan jalan raya dan sebagainya. Kategori aduan yang dibangkitkan oleh pengadu berkenaan Tiada Tindakan/Kelewatan, Kekurangan kemudahan Awam atau kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Friday, June 22, 2012

KAB SRI AMAN, SARAWAK

Seramai 87 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak 13 aduan telah diterima daripada orang awam



 
LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK SRI AMAN

Sri Aman, Sarawak – Program KAB Sri Aman telah diadakan di Pasar Tamu, Sri Aman pada 21 Jun 2012 (Khamis) mulai jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. 

Program tersebut telah berjaya menarik perhatian penduduk kampung di sekitar bandar Sri Aman. Orang ramai yang hadir berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan fungsi BPA dan kaedah membuat aduan. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan dan mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya membuat aduan untuk mempertingkatkan prestasi jentera kerajaan.

Seramai 87 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak 13 aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak 28 khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan peranan dan fungsi Biro Pengaduan Awam. 

Wednesday, June 20, 2012

KAB SARATOK, SARAWAK

Seramai 115 orang pengunjung hadir untuk membuat aduan dan mendapatkan maklumat berkaitan BPA.

Sebanyak 22 aduan telah direkodkan.     


LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB)

Saratok, Sarawak – Program KAB telah diadakan di  Pasar Saratok pada pada 19 Jun 2012 (Selasa) dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Masyarakat setempat berminat untuk mengetahui fungsi dan peranan BPA sebagai agensi pengurusan aduan. Melalui program ini, orang ramai didedahkan tentang kaedah membuat aduan awam untuk mempertingkatkan perkhidmatan jentera Kerajaan. 

Program tersebut telah berjaya menarik perhatian penduduk kampung di sekitar daerah Sarawak. Seramai 115 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak 22 aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak 9 khidmat nasihat turut diberikan kepada orang ramai dalam program ini. Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai masalah kenaikan elaun Ketua Masyarakat, kemudahan awam di sekitar Saratok perlu diselenggara dan jalan perlu dinaiktarafkan.