Thursday, September 29, 2011

Perjumpaan Ketua Pengarah BPA Bersama Yayasan Inovasi Malaysia

Perjumpaan Ketua Pengarah BPA bersama Yayasan Inovasi Malaysia telah diadakan pada 27 September 2011 di Bilik Mesyuarat Utama BPA.
Encik Muhammad Aziph Dato' Mustapha, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Inovasi Malaysia telah memberikan taklimat mengenai peranan Yayasan Inovasi Malaysia kepada Ketua Pengarah BPA, YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah.

Encik Muhammad Aziph Dato' Mustapha menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah BPA.

Thursday, September 22, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPM 2011

Kakitangan BPA yang bertugas di gerai BPA semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPM 2011.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah bersama kakitangan BPA di gerai BPA.

Sedapnya! Nasi Ulam yang disediakan oleh BPA.

Wawancara Ketua Pengarah BPA Bersama Impiana Group Magazine

Wawancara Ketua Pengarah BPA bersama Impiana Group Magazine telah diadakan pada 20 September 2011 (pukul 10.00 pagi) bertempat di bilik Ketua Pengarah BPA.
Wawancara ini dijangka akan disiarkan pada bulan Disember yang akan datang.
Isu yang ditanyakan semasa wawancara ialah isu yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk apartment dan kondominium.

Wednesday, September 14, 2011

Wawancara Pengarah BPA Negeri Sabah bersama Sabah FM

Pengarah BPA Negeri Sabah, Encik Georgie Abas bersama Penerbit PIKA (Sabah FM), Encik Mohd Syum Abd Majid sebelum siaran langsung wawancara diadakan.
Wawancara Pengarah BPA Negeri Sabah bersama Program PIKA, Sabah FM telah diadakan pada 9 September 2011 (Jumaat).
DJ Mun (Sabah FM) memberikan penerangan kepada Encik Georgie Abas sebelum wawancara bermula.

Encik Georgie Abas ditemuramahkan oleh Program PIKA, Sabah FM.