Thursday, August 25, 2011

Lawatan YB. Senator Dato' G. Palanivel, Menteri di JPM ke BPA

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah BPA, Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) dan Puan Rogayah binti A.Bakar menyambut kedatangan YB. Senator Dato' G. Palanivel, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pegawai atasan BPA menyambut kedatangan YB. Senator Dato' G. Palanivel.

Taklimat telah diberikan kepada YB. Senator Dato' G. Palanivel oleh YBhg. Dato'  Dr. Tam Weng Wah.

YB. Senator Dato' G. Palanivel menandatangani Buku Pelawat BPA.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada YB. Senator Dato' G. Palanivel sebagai tanda penghargaan.

Sesi bergambaran bersama YB. Senator Dato' G. Palanivel, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Wednesday, August 24, 2011

Wawancara Ketua Pengarah BPA Bersama Malaysia Nanban Dan Makkal Osai

Wawancara Ketua Pengarah BPA bersama Malaysia Nanban dan Makkal Osai telah diadakan di Bilik Ketua Pengarah BPA pada 24 Ogos 2011 (pukul 11.00 pagi).
Ini merupakan kali pertama Wawancara Ketua Pengarah BPA dibuat dengan dua akhbar pada masa yang sama.

Tuesday, August 16, 2011

Wawancara Ketua Pengarah BPA Bersama Akhbar Oriental Daily

Wawancara Ketua Pengarah BPA bersama akhbar Oriental Daily telah diadakan di Bilik Ketua Pengarah BPA pada 16 Ogos 2011, pukul 2.30 petang.
Ketua Pengarah BPA, YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah ditemuramah oleh wartawan akhbar Oriental Daily.

Friday, August 5, 2011

Wawancara Ketua Pengarah BPA Bersama Berita RTM 1

Wawancara Ketua Pengarah BPA Bersama Berita RTM 1 telah diadakan di bilik Ketua Pengarah BPA di Ibu Pejabat BPA.
Wawancara ini akan disiarkan di saluran TV1 pada pukul 8.00 malam, 05 Ogos 2011 (Jumaat).

Lawatan Delegasi Kementerian Dalam Negeri Vietnam

Lawatan Delegasi Kementerian Dalam Negeri Vietnam telah diadakan pada 4 Ogos 2011 di Ibu Pejabat BPA.
Lawatan Delegasi Kementerian Dalam Negeri Vietnam ke BPA telah diketuai oleh Dr. Van Tat Thu, Timbalan Menteri, Kementerian Dalam Negeri Vietnam.
Dr. Van Tat Thu, Timbalan Menteri, Kementerian Dalam Negeri Vietnam menyampaikan cenderamata kepada Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah BPA.
Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada Dr. Van Tat Thu sebagai tanda penghargaan terhadap kedatangan delegasi Vietnam.

Dr. Van Tat Thu menandatangani "Buku Pelawat BPA' untuk kenangan BPA.
Delegasi Kementerian Dalam Negeri Vietnam dengan Dato' Dr. Tam Weng Wah (Ketua Pengarah BPA), Encik Azlan bin Man (Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) BPA) dan Puan Rogayah binti Abu Bakar (Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BPA).
Lawatan Delegasi Vietnam ke Kaunter Aduan Bergerak BPA KL di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).